BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki warga asing sanggup membahayakan dirinya memanjat siling dan meninggalkan isteri serta anaknya yang sedang tidur akibat tidak mahu dicekup anggota penguat kuasa, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, lelaki warga Indonesia berusia 24 tahun itu panik apabila anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri menyerbu rumah yang didiami bersama beberapa rakan senegara.
Dengan hanya berseluar pendek, buruh binaan dari Lampung itu gagal melarikan diri apabila anggota penguat kuasa terdengar bunyi pergerakan orang atas siling rumah.
Berikutan itu, anggota terbabit bertindak memanjat siling berkenaan melalui lubang kecil di dalam sebuah bilik.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail berkata, ketika serbuan, lelaki berkenaan berada dalam bilik bersama isterinya berusia 20-an dan anak lelakinya yang sedang tidur.
“Dia yang menyedari kedatangan kami terus memanjat dan menyorok di siling rumah. Bagaimanapun kita dapat mengesan pergerakan di siling, selain terdapat kesan panjat pada dinding bilik sebelum menemui lelaki itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan dan anaknya tidak mempunyai dokumen sah. Manakala, isterinya tinggal lebih masa di negara ini,” katanya pada sidang media selepas operasi di pejabat jabatan itu di Ayer Keroh, di sini, semalam.
Kamaluddin berkata, seorang wanita warga Indonesia berusia 40 tahun yang menyewa di salah sebuah bilik rumah itu juga ditangkap kerana dipercayai memberi perlindungan kepada pendatang tanpa izin.
Sementara itu, Kamaluddin berkata, terdahulu pihaknya menyerbu sebuah pusat hiburan yang dikesan turut menawarkan perkhidmatan mengurut pelanggan di premis dua tingkat di Malim, di sini.
Serbuan itu membawa kepada penahanan sembilan wanita warga Vietnam dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dalam lingkungan usia 19 hingga 26 tahun disyaki menyalah gunakan pas lawatan sosial.
“Lima wanita warga Vietnam berkenaan berada di tingkat atas dipercayai sedang memberikan perkhidmatan mengurut, manakala empat lagi di dalam pub di tingkat bawah dipercayai sedang menunggu tempahan mengurut daripada pelanggan.
“Hasil siasatan awal mendapati, lima wanita itu dipercayai menawarkan khidmat urut dan kegiatan seks kepada pelanggan mereka dengan bayaran RM120 sejam,” katanya.
Beliau berkata, modus operandi pelayan berkenaan adalah menarik perhatian dengan berpakaian seksi sebelum menawarkan khidmat urut dan seks, dengan memilih mana-mana wanita yang mereka kehendaki melalui iPad disediakan.
Menurutnya, kesemua mereka antara 16 individu yang ditahan daripada 31 warga asing yang diperiksa dalam empat serbuan berasingan disertai 18 pegawai dalam operasi selama empat jam bermula 11 malam, kelmarin



LinkBack URL
About LinkBacks

Reply With Quote


