Results 1 to 3 of 3

Thread: Amalan Test Dara Dulu Sebelum Khawin Kini Jadi Trend??

  1. #1
    Hamlo is online now

    Amalan Test Dara Dulu Sebelum Khawin Kini Jadi Trend??



    KUALA LUMPUR : Pertemuan indah diimpikan seorang wanita berusia 32 tahun yang mahu bertemu ‘kekasih SMS’ buat pertama kalinya selepas berkenalan melalui telefon sejak lebih sebulan lalu bertukar tragedi apabila dia dirogol lelaki terbabit di sebuah rumah di Jalan Semarak, di sini.

    Wanita yang termakan pujukan manis lelaki berusia 20-an itu dilaporkan menempuh perjalanan lebih lima jam dengan menaiki bas dari rumahnya di Dungun, Terengganu untuk bertemu kekasihnya itu di ibu kota pada 8 Januari lalu.

    Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari sebelum tiba di Hentian Putra, di sini, kira-kira jam 5 petang dan dijemput lelaki terbabit.

    Menurut sumber, mangsa kemudian dibawa ke rumah kekasihnya itu di Jalan Semarak, di sini, sebelum dirogol lelaki terbabit.

    “Selepas kejadian itu, lelaki terbabit berjanji untuk bertanggungjawab atas perbuatannya.

    “Mangsa kemudian dihantar ke Hentian Putra untuk pulang ke rumah. Lelaki itu sekali lagi berjanji akan menghantar rombongan peminangan ke rumah mangsa untuk sebagai tanda kasih,” katanya.

    Bagaimanapun, sejam selepas bas meninggalkan hentian berkenaan, lelaki itu menghantar SMS mengatakan tidak mahu bertanggungjawab dan mengarahkan mangsa melupakannya.

    Berang dengan perbuatan kekasihnya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Besi di Dungun pada 9 Januari sebelum kes berkenaan dirujuk semula ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
    Google Is The best Sifu | Youtube Is the best Mentor

  2. #2
    hackersfx is offline

    sempoii...

  3. #3
    PopsAyabah is offline

    suma nk test drive...mampoi...
    tp sempoi...

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
About Sempoi Communities

Sempoi.Org Founded On 11-02-2011

SEMPOI.ORG is a non-profit organisation.

We are powered by a group of people connected to the internet.

We are not a company and our office is in the comfort of our own home

Powered By
Powered by vBulletin®
Copyright © 2013 vBulletin
Help By PG Studio | vBSEO

Get Latest Internet Explorer 10 Get Latest Google Chrome Get Latest Opera Get Latest Mozilla Firefox Get Latest Safari