Social Network : Facebook | Twitter
Results 1 to 2 of 2

Thread: [Cerita Sedih]Dua Kaki "Hero" Dipotong Tetapi Masih Hidup

share this article
    
  1. Newbie
    Join Date: Mar 2011
    Location: Sempoi.Org
    Age: 24
    Posts: 405

    [Cerita Sedih]Dua Kaki "Hero" Dipotong Tetapi Masih Hidup


    hairey melihat jam tanganya sudah hampir pukul 2.00 petang.sampai masanya di kembali bertugas. hairey menghidupkan enjin motosikalnya dan terus menunggang keluar dari simpang taman jaya , semenyih dan terusmeluru ke jalan besar.fikirannya menerewang jauh.

    lagi tiga bulan dari sekarang hari yang bersejarah byatnya akan tiba.kadang-kadang kepalanya kusut memikirkan apakah akan dialaminya setelah bergelar suami nanti? mungkinkah dia akan melalui fasa terindah setelah lengkap fitrahnya sebagai seorang manusia sebaik diijap kabul ?

    hairey mesti simpan duit! bulan ni di terpaksa ikat perut. mungkin gaji masuk lewat. maklumlah baru dua minggu dia bertugasdi tapak projek di semenyih. hairey masih hijau dengan pengurusan di tempat baru. boleh jadi gaji masuk separuh? rumah pun baru saja disewanya. hmm... bulan ni memang hairey kena kerja keras!

    matahari terpacak betul-betul di atas kepalanya. berkali-kali dia terbatuk kerana tekaknya kering. pancaran matahari terlalu terik. peluh jantan sudah meleleh dari lehernya.

    kehangatan bahang tar jalan yang membara, menbuat hairey tewas untuk segera memulas minyak terus ke tempat kerja. dia membantutkan perjalanannya sebentar untuk kepejabat. hairey perlu singgah sebentar ke kedai runcit. hanya air sejuk yang berada dalam peti ais di kedai runcit itu sahaja yang mampu melegakan rasa hausnya.

    hairey beri signal kekanan sebaik deretan kedai itu sudah hampir. sebaik sahaja dia berhentikan motosikalnya mata hairey teralih kearah sekumpulan budak budak sekolah menengah yang sedang berkerumun asyik memandang ke lantai kaki lima hadapan kedai.

    perasaan ingin tahu hairey menebal. dari riak wajah budak-budak yang baru mencapai akil baligh itu menunjukkan mereka memerhatikan sesuatu yang luar biasa. hairey berjalan menuju ke arah kumpulan remaja tersebut.

    alangkah terkejutnya hairey apabila kucing berwarna putih bertompok sedang berdarah. lebih memilukan hatinya apabila dilihatnya kedua-dua kaki depan kucing itu kudung akibat dipotong!

    "eh..eh, dik, dik kenapa ni, dik?" hairey terus menggelabah apabila melihat kucing itu terbaring lemah. berkali-kali kucing itu mengiau-ngiau seakan minta simpati.

    "Tak tahulah bang, tadi ada seorang lelaki campak kucing ni. waktu lelaki tu campak kucing nie dia kata kucing ni bawa sial kat kedai dia!" kata salah seorang remaja tersebut.

    mata hairey tertumpu pada jasad kucing tersebut. dari riak riak wajah kucing itu tergambar betapa rasa sakit dan erih malang yang menimpanya. darah dari kedua-dua belah kakinya menitis. berkali-kali kucing putih itu menelentng dan menguit-nguit kakinya yang sudah kudung. mungkin kucing itu sedang menahan kesakitan, getus hati hairey. Entah keparat mana yang sanggup melakukan perkara terkutuk sebegini.. ahh! kejammm! kejammmmm!


    "Miauuu.. Miauuu.. Miauuu.. Miauuuuuu.. Miau! Miau!"

    kucing putih itu terus mengiau dan mengerang kesakitan. badannya menggigil-gigil kesakitan. matanya berkaca, memandang sekeliling dengan dengan wajah yang begitu sayu. kucing itu menoleh kekanan kemudian mengiau kemudian menoleh ke kiri mengiau lagi. beberapa kalo anakkucing itu tunduk ke lantai, kemudian mendongak dan mengiau-mengiau tanpa henti. suaranya lemah dan bergetar.

    mungkin dalam benak kucing itu sudah membayangkan malaikat maut sudah hampir dan bakal mencabut nyawanya sebentar lagi.

    jiwa hairey bergelojak dibuatnya terbantut rasa haus apabila menyaksikan haiwan comel ini sedemikian rupa. tanpa berfikir panjang hairey segera mengambil jaket yang berada dlam raga motosikalnya. hairey berjalan dengan hati sebak kearah kucing yang berdarah itu. Dibentang jaket kusuhnya di sebelah haiwan berbulu halus itu.

    perlahan-lahan hairey memeganga kucing yang sudah parah itu dan mengangkat tubuhnya dari belakang. kucing putih mengiau-ngiau lagi. makin lemah dan makin perlahan ngiaunya,

    "bismillah... aku angkat ko ya kucing malang, jangan menangis lagi hero tak menangis, kan? tak apa, aku bawak kau jumpa doktor ya.." seakan memujuk, dengan perlahan hairey mengangkat kucing putih itu dan diletakkan ke atas jaket lusuhnya. tanpa disedari matanya mula bergenang.

    hairey terus mengangkat kucing malang itu dan terus memasukkan kedalam raga motosikal. sebaik menghidupkan enjin hatinya berdetik lagi.

    baru dia teringat wang di dalam dompetnya sedang nazak. kalu dibawa kucing ini bertemu untuk dirawat sudah pastinya idmat doktor haiwan mesti dibayar. dengan keadaan ekonominya yang serba terhimpit ini, duit yang berada dalam dompetnya tidak boleh dibelanjai sewenang-wenang.

    ya, hairey tak kisah kalau tak makan sekalipun tetapi andai kata esok lusa motosikalnya buat ragam, ataupun berlaku kecemasan, dengan siapa dia perlu minta bantuan? Ahh.. dugaan... dugaan!


    "maafkan aku hero, aku bawak kau pulang saja ya? tak apa aku ada... aku akan jaga kau," kaa hairey berlinangan. dia terus menunggang motosikalnya menuju ke rumah.

    sebaik tiba dirumah, tanpa banyak bicara hairey segera mencari botol kecil yang berisi minyak sapu berwarna hitam pekat dalam almari rumahnya.

    hanya minyak hitam itu sahaja harapannya selain doa yang dipanjat kepada allah agar kucing malang itu terus bernafas tanpa mengalami pendarahan teruk.

    hairey duduk menghadap kucing malang itu yang diletakkan di tengah rumah kucing itu masih menggigil kesakitan dan mengiau-ngiau dengan lemah, hairey membuka tutup botol dan menuang minyak penawar hitam pekat itu keatas tapak tangannya yang telah dikotori darah. dengan lembut menyapu minyak berwarna hitam pekat dan melekit itu pada kaki kucing itu. air matanya berlinangan lagi apabila isi pada kaki haiwan malang itu.

    "Mari sini aku sapukan minyak gamat pada kaki tu. tahan ya sikit... Hero mesti tahan sakit!" pujuk hairey lagi. selepas menyapu minyak, membersihkan badan kucing itu daripada darah.

    kemudian dia menyusap manja kucing yang baru dirawatnya tadi. dibelai-belai bawah dagu, diusap-usap kepala kucing malang itu hairey terus merawat kucing itu dengan minyak berwarna hitam pekat dari sehari ke sehari.

    dia memberi kucing itu makan dan membelainya dari sehari ke sehari jugalah dia melihat perkembangan kaki kucing yang berdarah hinggalah lukanya kering dan berkuping, sehinggalah....

    "Herooooo!! Herooo!! " hairey menjerit-jerit memanggil hero yang asyik menguit-nguit dan menjilat tubuhnya. dikerling hero dari hujung anak matanya.

    meskipun kedua-dua belah kaki hero kudung tetapi kini dia sudah sembuh sepenuhnya dari tragedi malang yang menimpanya, enam tahun lalu, Hero kini bukan saja sudah sihat tetapi menjadi seekor binatang ajaib di dunia.

    Biarpun Hero tanpa dua belah kaki tetapi dia dapat melompat dan berjalan serta bermain.

    "Allah Menanjangkan nyawa kucing tersebut... dan allah juga telah memberi takdir kepada kucing tersebut untuk mendapat penjaga yang sanggup dan bertanggungjawap untuk menjaganya.. menitis air mata aku tengok kucing ni..."

    Jom Tgk Video Kucing Tersebut

    ALL My post Credit To Onwer

  2. Newbie
    Join Date: Mar 2012
    Location: d villa CinTa
    Posts: 54
    saapaa laa yg kejamm sangat tuu..:fighting0018:

    ciann kat kucing tuu.. nasib bk ader org yg berhati mulia.. sanggup jga :uwaa:

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •