Samar Hassan, seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun, menjerit dan bercucuran darah setelah tentera Amerika melepaskan tembakan ke kereta keluarganya di bandar utara Tal Afar pada bulan Januari 2005.

Gambar ini diambil oleh Chris Hondros, seorang fotografer dari the Getty Images. Dan untuk info, Chris Hondros sendiri akhirnya terbunuh semasa konflik yang berlaku di Misurata, Libya baru-baru ini.


Selepas 6 tahun berlalu, Samar Hassan tidak pernah mengetahui bahawa kejadian tersebut telah dirakam oleh seorang jurugambar. Dan pada bulan May lalu dia ditunjukkan gambar-gambar mengenai kejadian tersebut melalui laptop seorang saudaranya. Di bawah ini gambar menunjukkan bagaimana reaksi Samar Hassan apabila melihat gambar kejadian semasa kanak-kanaknya itu.