Results 1 to 3 of 3

Thread: Qi Rancang Nak Meminang Yuna Dalam Masa Terdekat

  1. #1
    Hamlo is offline

    Qi Rancang Nak Meminang Yuna Dalam Masa Terdekat



    Kisah cinta antara penyanyi Yuna dan bekas pengacara “Jalan-Jalan Cari Makan”, Qi sememangnya sudah diketahui ramai, dan kini mereka mahu membawa hubungan mereka setapak kehadapan iaitu dengan mengikat tali pertunangan.

    Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali memberitahu bahawa dia merasakan kini sudah sampai masanya untuknya dan Yuna bertunang selepas dua tahun bercinta, dan secara tidak langsungnya ia boleh mengelakkan khabar-khabar angin yang kurang enak didengar.

    “Niat untuk bertunang dengan Yuna memang sudah lama ada dalam hati saya, cuma buat masa ini keadaan kami yang sibuk dengan kerjaya masing-masing menyebabkan kami masih belum mempunyai masa yang sesuai untuk bercakap dengan lebih lanjut tentang ikatan pertunangan.”

    “Mungkin dalam tempoh sebulan atau dua bulan ini kami akan membincangkan tentang perkara itu dengan lebih lanjut lagi. Kami berharap semua pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami agar ikatan ini akan berakhir ke jinjang pelamin nanti,” kata Qi kepada MyNewsHub.

    Sebelum ini, hubungan antara Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai dan Qi mula menjadi bualan banyak pihak media selepas kelibat pasangan ini telah dilihat beberapa kali hadir bersama dalam majlis-majlis sama ada yang disertai Qi atau Yuna.
    Google Is The best Sifu | Youtube Is the best Mentor

  2. #2
    nuremiey is offline

    sama cantik.. sama comel..

    harap Qi leh jadi suami yg baik untuk Yuna.. dan wat tunang cepat.. n nikah... jgn laa timbul gosip yg pelik2 pulak

  3. #3
    drpdaus is offline

    Pinang la cepat2 qi nt melepas palk
    Jana pendapatan iklan BERKESAN!!!

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
About Sempoi Communities

Sempoi.Org Founded On 11-02-2011

SEMPOI.ORG is a non-profit organisation.

We are powered by a group of people connected to the internet.

We are not a company and our office is in the comfort of our own home

Powered By
Powered by vBulletin®
Copyright © 2013 vBulletin
Help By PG Studio | vBSEO

Get Latest Internet Explorer 10 Get Latest Google Chrome Get Latest Opera Get Latest Mozilla Firefox Get Latest Safari