Results 1 to 3 of 3

Thread: Diana Danielle Nafi Sudah Bertunang

  1. #1
    Hamlo is offline

    Diana Danielle Nafi Sudah Bertunang



    Aktres Diana Danielle menafikan dia sudah bertunang selepas dilihat memakai sebentuk cincin emas putih bertahtakan sebutir berlian, dan memberitahu bahawa cincin tersebut adalah pemberian kekasih hatinya, Farid Kamil sebagai hadiah hari ulang tahun hubungan percintaan mereka.

    “Ini hanyalah cincin yang diberikan oleh Farid ketika kami menyambut hari ulang tahun percintaan kami yang ketiga kami pada awal tahun ini.

    “Jangan salah faham dengan pemberian cincin ini. Ia hanyalah hadiah manja-manja sahaja,” ujar Diana kepada sebuah portal hiburan tempatan.

    Aktres berusia 20 tahun ini yang ditemani Farid ketika tayangan perdana filem terbarunya, “Jiwa Taiko” di Cathay Cineplex, e@Curve baru-baru ini turut memberitahu hubungan mereka kini dalam proses untuk melangkah ke alam perkahwinan.

    “Kami memang merancang mahu berkahwin, tetapi masih belum dapat pastikan pada tahun ini atau tahun hadapan.


    “Saya tidak mahu janji apa-apa kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang,” jelasnya yang turut memberitahu akan membuat pengumuman selepas semuanya selesai dan bersetuju.

    “Jiwa Taiko” turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Remy Ishak, Bront Palarae, Nadiyatul Nissa dan Fizz Fairuz bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 14 Jun ini.
    Google Is The best Sifu | Youtube Is the best Mentor

  2. #2
    Armstrong is offline

    wartawan saja bwat kecoh lahh nie...huhu

  3. #3
    hackersfx is offline

    come to papa..

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
About Sempoi Communities

Sempoi.Org Founded On 11-02-2011

SEMPOI.ORG is a non-profit organisation.

We are powered by a group of people connected to the internet.

We are not a company and our office is in the comfort of our own home

Powered By
Powered by vBulletin®
Copyright © 2013 vBulletin
Help By PG Studio | vBSEO

Get Latest Internet Explorer 10 Get Latest Google Chrome Get Latest Opera Get Latest Mozilla Firefox Get Latest Safari