Tahniah kepada pelakon Zed Zaidi dan isteri atas kelahiran cahaya mata sulung mereka. Nelly Nathalia selamat melahirkan bayi lelaki seberat 4.32 kilogram pada pukul 10 pagi semalam.

Bayi lelaki yang diberi nama Ryan Ziqry dilahirkan melalui pembedahan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Zed yang juga Presiden Seniman berkata, beliau bersyukur semuanya telah selamat tanpa sebarang masalah kerana isteri serta anaknya itu berada dalam keadaan sihat.

"Saya sangat gembira, malah anak saya juga di lahirkan di dalam bulan mulia Ramadan," katanya.