Social Network : Facebook | Twitter
Results 1 to 3 of 3

Thread: BISMILLAH ENAM [dengan bacaan RUMI & TERJEMAHAN & KELEBIHAN MENGAMALNYA]

share this article
    
  1. Newbie
    Join Date: May 2012
    Posts: 4

    BISMILLAH ENAM [dengan bacaan RUMI & TERJEMAHAN & KELEBIHAN MENGAMALNYA]

    BISMILLAH ENAM

    [0] bismillahhirrohmanirrahim

    [1] bismillah his-sami ilbasiril ladzi laisaka mislihi syai'in wa huwa bikulli syai'in 'aliim

    [2] bismillah hil-kholla kil 'alimil ladzii laisakamislihi syai'un wahuwal fatta hul 'aliim

    [3] bismillah hil-ladzii laisakamislihi syai'un wahuwal 'alimmul khobir

    [4] bismillah hil-ladzii laisakamislihi syai'un wahuwal 'alimmul kodir

    [5] bismillah hil-azizul karimilladzi laisaka mislihi syai'un wahuwal 'aziizul karim

    [6] bismillah hil-rhofurrirrohim milladzi laisaka mislihi syai'un wahuwal rhofurrirrohim

    [7] fawllah(x3)........khoirun khalkizon/hafizun wahuwa arhama roohimin

    [[selawat atas nabi muhammad]]



    [1] dengan nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, tiada yang seumpama dengannya dan Maha Mengetahui pada setiap sesuatu

    [2] dengan nama Allah yang berkuasa menjadikan lagi Maha Mengetahui, tiada yang seumpama dengannya yang Maha Pembuka lagi amat mengetahui

    [3] dengan nama Allah yang tiada seumpama dengannya yang Maha Mengetahui lagi mengetahui perkara yang tersembunyi

    [4] dengan nama Allah yang tiada seumpama dengannya yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa

    [5] dengan nama Allah yang gagah perkasa lagi pemurah, tiada yang seumpama dengannya yang Maha Gagah Perkasa lagi Maha Pemurah

    [6] dengan nama Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, tiada yang seumpama dengannya yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Allah jualah

    sebaik-baik penjaga dan dialah penyayang diantara penyayang

    INILAH KHASIAT AYAT BISMILLAH ENAM

    1. Makbul segala hajat dan cita-cita
    2. Luas rezekinya
    3. Jika ditiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita
    4. Menang dalam peperangan
    5. Penerang hati
    6. Dijuhkan dari segala penyakit
    7. Dibaca 70 kali setiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya
    8. Dibaca ditempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan
    9. Dibaca dimalam Jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur
    10. Aman daripada binatang-binatang buas
    11. Air laut menjadi tawar
    12. Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan
    13. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman ***** tikus atau burung
    14. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru
    15. Terselamat dari karam dilaut
    16. Jika dibaca pada minyak malam Jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya
    17. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar
    18. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaAllah lari iblisnya
    19. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan
    20. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya
    21. Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh
    22. Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

    Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas. Letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar daripada pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaAllah.

    Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.


    AMALLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

  2. Newbie
    Join Date: Jul 2012
    Posts: 25
    terima kasih..bermanfaat:545 (19):

  3. Newbie
    Join Date: Nov 2011
    Posts: 38
    kalo ada mp3 lg bagus, tq share boh

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •