Pasti ramai peminat Zizan risau dengan keadaan pelawak terkenal itu yang terpaksa menerima rawatan setelah diserang sakit keradangan otot.

Difahamkan, Zizan terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa untuk berehat yang menjadi punca penyakitnya itu.

Malah, sebelum ini Zizan dan rakan baiknya, Johan baru saja diserang demam teruk. Maklumlah, kedua-duanya bekerja tanpa henti dan belum pernah berehat panjang.

Namun, tabik buat Zizan dan Johan kerana mereka masih mampu memberi komitmen terhadap program lawak, Super Spontan walaupun kurang sihat.

Zizan kini disarankan doktor untuk berehat lebih lama, manakala Johan baru saja berangkat ke luar negara untuk bercuti selama tiga minggu.