Results 1 to 3 of 3

Thread: Nazira Mengandung, Nabil Akui Terpaksa Tidur Di Ruang Tamu

  1. #1
    Hamlo is offline

    Nazira Mengandung, Nabil Akui Terpaksa Tidur Di Ruang Tamu



    Pelawak dan juga penyampai radio Suria fm, Nabil mengakui kehidupannya semakin bermakna semenjak isterinya, Nazira Ayub disahkan hamil dan sangat teruja menantikan kelahiran anak sulung mereka.

    Nabil yang tidak lokek berkongsi saat-saat manis sebelum bergelar bapa turut merasai perubahan tingkah laku isterinya yang mesra disapa Zira.

    “Usia kandungan Zira kini sudah masuk bulan ketiga dan dalam masa yang sama saya sudah dapat melihat perubahan tingkah laku Zira. Bak kata orang tua-tua, kerana pembawaan budak.

    “Sejak mengandung, Zira lebih suka tidur dan paling penting, dia makan lebih banyak dari saya. Lucunya, kadangkala saya terpaksa tidur di ruang tamu kerana dia gemar kuatkan suhu penghawa dingin dalam bilik, manakala saya pula jenis tak tahan sejuk.

    “Walaupun bermacam kerenah dia, tapi bagi saya ini adalah saat paling bermakna buat kami berdua dan secara tidak langsung saya lebih mengenali serta perasaan sayang itu makin bertambah,” jelas Nabil.

    Nabil berkata, apa yang menjadi harapannya kini adalah isteri dan anak di dalam kandungan itu akan sihat dan selamat.

    “Saya bersyukur kerana ALLAH SWT tidak memberikan masa yang lama untuk mengurniakan kami cahaya mata kepada kami. Apatah lagi kami memang berharap mempunyai anak secepat mungkin. Alhamdulillah hasrat kami dimakbulkan.

    “Saya tidak kisah dikurniakan bayi lelaki atau perempuan, tapi jika diberi pilihan sudah tentu saya mahukan bayi lelaki,” katanya.

    Nabil turut menjalankan perniagaan atas talian bersama isterinya, menjual pakaian wanita menggunakan jenama Sassy NabilZira.
    Google Is The best Sifu | Youtube Is the best Mentor

  2. #2
    cereald is offline

    artis ngndung dapat jer liputan..

  3. #3
    gold4u is offline

    tahniah..:545 (19):

Visitors found this page by searching for:

kandungan 6 bulan

Artis yang mengandung

mengandung 3 bulan

kandungan 13 minggu

Get Latest Movie

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86