Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    Akira_I is offline

    Sony SmartWatch Ditawarkan Pada Harga RM399 Melalui Groupon Malaysia


    Sony SmartWatch adalah salah satu jam tangan yang dijana menggunakan Android, dan membawakan sokongan untuk diintegrasikan bersama-sama dengan telefon pintar anda melalui sokongan Bluetooth.

    Walaupun ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, kini Groupon Malaysia mengambil peluang awal, dengan membawanya masuk ke Malaysia, dan menawarkannya pada harga RM399.


    Ia ditawarkan pada harga asal tanpa sebarang diskaun daripada pihak Groupon Malaysia, berbeza dengan tawaran mereka yang lain. Ini adalah kerana Sony SmartWatch ini dilancarkan secara eksklusif oleh mereka, dan jam tangan pintar ini hanya dilancarkan di Amerika Syarikat pada bulan ini.

    Jam tangan pintar ini membawakan skrin seluas 1.3-inci dan dijana menggunakan Android 2.1 padanya. Dari segi penggunaan bateri, ia tahan selama 1 minggu. Ia berhubung dengan peranti lain melalui sokongan Bluetooth 3.0, yang menyokong sejarak 10 meter padanya.

    Melalui jam tangan pintar ini, para pengguna boleh mengawal pemain muzik, membaca SMS, emel, dan melihat siapa yang membuat panggilan. Pada masa yang sama, ia juga didatangkan dengan sokongan Facebook dan Twitter padanya.

    Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya melalui Groupon Malaysia pada harga RM399, dan penghantarannya akan dimulakan pada awal Mei kelak.



  2. #2
    G BaboLaT is offline

    smart giler...
    BYEBYE

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
About Sempoi Communities

Sempoi.Org Founded On 11-02-2011

SEMPOI.ORG is a non-profit organisation.

We are powered by a group of people connected to the internet.

We are not a company and our office is in the comfort of our own home

Powered By
Powered by vBulletin®
Copyright © 2013 vBulletin
Help By PG Studio | vBSEO

Get Latest Internet Explorer 10 Get Latest Google Chrome Get Latest Opera Get Latest Mozilla Firefox Get Latest Safari