ITALI mempamerkan prestasi cemerlang apabila mencatatkan kemenangan berharga 2-0 ke atas Republik Ireland pada aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Stadium Municipal, Poznan, awal pagi ini (waktu Malaysia).
Kemenangan itu ternyata amat bermakna buat Itali apabila mengesahkan slot ke kelompok lapan pasukan terbaik selepas dipalit kekecewaan ekoran gagal untuk mengutip mata penuh sebelum ini.
Pada babak awal perlawanan, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan permainan yang berhati-hati dan seimbang
Bagaimanapun, Itali, juara dunia 2006 mula menemui rentak di tengah babak perlawanan apabila mula bermain agresif dengan menampilkan serangan balas berbahaya ke gawang Republik Ireland, namun berjaya dikawal ketat oleh benteng pertahanan pasukan itu.
Namun, asakan demi asakan akhirnya pertahanan Republik Ireland berjaya ditewaskan setelah tandukan menerusi A. Cassano pada minit ke-35
berjaya membolosi gawang lawan untuk mendahului 1-0 di depan.
Itali kini mengutip dua mata dengan menduduki tangga ketiga Kumpulan C sebelum perlawanan hari ini, perlu mencatatkan kemenangan ke atas Republik Ireland sekiranya ingin mencerahkan peluang ke suku akhir.
Ini kerana kemenangan ke atas Republik Ireland sudah cukup untuk skuad Azzuri mara ke suku akhir sambil mengharapan Perancis akan menewaskan Crotia bagi mengelakkan pasukan itu tersingkir awal,
Sementara itu, Republik Ireland yang sudah pun tersingkir dalam saingan Euro 2012 selepas mencatat dua kekalahan dalam Kumpulan C, beraksi untuk mencari tiga mata penting untuk membawa kemenangan sekali gus pulang dengan bermaruah.
Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, Republik Ireland menewaskan Itali 2-0 tahun lepas.
Dalam dua perlawanan sebelum ini, Itali mengutip dua mata dengan berada di kedudukan ketiga manakala Republik Ireland di tangga tercorot setelah tiada sebarang mata berjaya diperoleh.
Sekilas fakta perlawanan (Separuh masa pertama):
- Keputusan semasa: (2) Itali (0) Rep Ireland
- Penguasaan bola: (53%) Itali (47%) Rep Ireland
- Percubaan ke arah gawang: (24) Itali (9) Rep Ireland
- Sepakan penjuru: (12) Itali (5) Rep Ireland
- Kad kuning: 1 (Balzaretti, Buffon dan De Rossi; Itali); 2 (St Ledger; O'Shea dan Andrews; Rep, Ireland)
Barisan pemain Itali:
1 Gianluigi Buffon
19 Leonardo Bonucci
16 Daniele De Rossi
3 Giorgio Chiellini
2 Christian Maggio
21 Andrea Pirlo
8 Claudio Marchisio
13 Emanuele Giaccherini
22 Alessandro Diamanti
11 Antonio Di Natale
Barisan pemain Republik Ireland:
1 Shay Given
4 John O'Shea
2 Sean St Ledger
5 Riachard Dunne
3 Stephen Ward
7 Aiden McGeady
6 Glenn Whelan
8 Keith Andrews
11 Damien Duff
10 Robbie Keane
9 Kevin Doyle



LinkBack URL
About LinkBacks

Reply With Quote
